Tuesday 21 January 2014

Kata-kata HAMKA


  1. “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak     pada wajah dan pakaiannya.”
  2. “Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.”
  3. “Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.”
  4. “Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.”
  5. “Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.”
  6. “Dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.”
  7. “Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya, belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.”
  8. “Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.”
  9. “Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.”
  10. “Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.”
  11. “Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim ke atasnya.”
  12. “Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.”
  13. “Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.”
  14. “Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.”
  15. “Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.”
  16.  “Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.”
  17.  “Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.”
  18. “Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tumpuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.”
  19. “Ikhlas dan sejati akan bertemu dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.”
  20. “Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.”


Extra info related to cloud computing